mcmc
Utama

WASPADA!

PERINGATAN KESELAMATAN PELANCONGAN SEMASA MUSIM BANJIR DAN HUJAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihati rakyat Malaysia dan para pelancong untuk sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan ketika merancang perjalanan sepanjang musim hujan dan fenomena banjir.

A. Semak Maklumat Cuaca

• Rujuk ramalan cuaca harian melalui Jabatan Meteorologi Malaysia Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia).

• Elakkan perjalanan ke kawasan berisiko banjir.

B. Elakkan Kawasan Risiko

• Sungai, air terjun dan pantai yang bergelora.

• Laluan berisiko tanah runtuh atau kawasan rendah yang mudah dinaiki air.

C. Keselamatan Diri

• Patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

• Elakkan meredah banjir berarus deras.

• Simpan dokumen dan barang penting dalam beg kalis air.

D. Persediaan Sebelum Pergi

• Bawa ‘powerbank’, lampu suluh dan kit kecemasan.

• Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

• Pastikan telefon dilengkapi aplikasi kecemasan.

E. Nombor Kecemasan

• 999 – Talian Kecemasan Malaysia

• Simpan nombor pusat kecemasan di lokasi yang bakal dikunjungi.

MOTAC menyeru semua rakyat Malaysia dan para pelancong untuk sentiasa peka dan membuat perancangan bijak demi keselamatan bersama. Utamakan keselamatan, rancang perjalanan anda.