Gaji naik? Jangan terperangkap dengan sindrom ‘Biar Papa, Asal Bergaya”
Tahukah anda, 60% daripada mereka yang dinaikkan gaji cenderung meningkatkan perbelanjaan hingga 50% lebih tinggi? Jangan jadi salah seorang daripada statistik ini!
Apa patut anda buat bila gaji naik?
Jangan terus upgrade gaya hidup! Fokus untuk tambah simpanan dan pelaburan dulu.
Kesilapan utama yang perlu dielakkan adalah mempertingkatkan perbelanjaan tanpa mempertimbangkan impak jangka panjangnya.
Kenaikan gaji adalah peluang untuk memperbaiki kestabilan kewangan, bukan untuk menambah beban hutang atau perbelanjaan yang tidak perlu. Bijaklah dalam menguruskan rezeki tambahan ini.
