
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) yang mewakili penganjur konsert dan syarikat jualan tiket utama.
Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata mereka telah meneliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.
Sumber: Bernama