KELEBIHAN SIFAT SABAR
Sifat sabar sangat penting untuk mendidik hati dan kita akan lebih tenang dalam menghadapi musibah dan ujian. Namun, sifat ini haruslah dididik dan disemai dengan nilai keimanan dan kesedaran yang tinggi.
Rasulullah S.A.W mengajarkan kita untuk sentiasa bersabar dalam setiap ujian yang Allah berikan. Meskipun berat diuji dengan pelbagai rintangan. Sabar adalah salah satu ciri utama ketakwaan seseorang kepada Allah.
Dalam kehidupan, Allah akan sentiasa menguji kita, kerana ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan dan kesabaran kita kepada-Nya.
Sumber: JAKIM dan MUFTI WP
