Pasar Khamis
pasar khamis merupakan pasar pagi atau lebih dikenali dengan pasar Kemboja yang terletak di Kampung Sungai Tiram.Pasar ini di buka pada setiap hari Khamis.Pasar Khamis ini lahir daripada idea masyarakat kemboja yang berhijrah ke Malaysia sejak dari tahun 1975. Kini pasar Khamis meniti dari mulut ke mulut para pelanggannya. pengunjung akan rambang mata apabila melihat kain ela, baju, tudung, kasut, tas tangan, dan lain lain lagi. Selain itu, di pasar Khamis ini juga terdapat barangan basah seperti ikan, ayam , sayur-sayuran dan buah-buahan,bukan sahaja pelbagai barangan yang terdapat di situ malah harga yang di tawarkan juga cukup murah dan berbaloi.Pasar Khamis ini terletak di batu 18 kampung Sungai tiram,beroperasi pada hari Khamis seawal jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari.