Adakah anda telah mendaftar sebagai pengikrar derma organ? Jika belum…jom daftar sekarang dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera. Hanya 1 MINIT sahaja masa diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan. Anda akan terus menerima kad ikrar digital di ruangan profil MySejahtera. Tiada sebarang bayaran dan pemeriksaan kesihatan diperlukan untuk pendaftaran.
