Semua jenis kanser, termasuk kanser dikalangan kanak-kanak adalah penyakit yang terjadi dimana pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa daripada segi saiz dan bentuk,memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain. Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak untuk kanak-kanak tersebut mendapat rawatan yang sewajarnya. Dengan rawatan sewajarnya, kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai peluang yang lebih besar untuk pulih.
