sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Utama
21 August 2023

Influenza merupakan penyakit salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza.
Virus ini boleh tersebar antara individu yang dijangkiti dengan individu lain melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) ketika bercakap, batuk atau bersin.
Titisan tersebut boleh mencemari permukaan seterusnya mengakibatkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengekalkan amalan kebersihan tahap tinggi bagi mengawal penularan virus influenza.
Hindari Influenza
