mcmc
Maklumat Setempat

Hari Lestari ICT dan Cakna Kesihatan

 

Pada 29 September 2019 iaitu Hari Lestari ICT dan Cakna Kesihatan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik telah dianjurkan untuk pelajar Tabika Kemas Sinar Nilam bersama Ibu Bapa dan warga penduduk Kampung Sungai Tiram. Selain daripada warga penduduk yang hadir, Agensi Klinik Kesihatan Johor Bahru juga turut serta memeriahkan Hari Lestari ICT dan Cakna Kesihatan untuk pemeriksaan gigi secara percuma kepada pelajar Tabika Kemas Sinar Nilam dan juga penduduk kampung Sungai Tiram. Pelbagai pertandingan menarik diadakan untuk Ibu Bapa dan juga pelajar Tabika Kemas serta pelbagai hadiah istimewa disediakan untuk mereka yang menyertai pertandingan. Event dimulakan dengan pendaftaran peserta antaranya adalah Ibu Bapa pelajar Tabika Kemas Sinar Nilam. Kemudian ,diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan juga sukaneka kanak-kanak .Akhir sekali ,pelbagai juga aktiviti menarik untuk Ibu bapa dan warga penduduk untuk menyertainya seperti pertandingan menggarang artikel dan kuiz bijak bestari online. Majlis berjalan lancar sehingga ke penghujung majlis penutup pada hari tersebut. Pengunjung semua dijemput dan dihidangkan jamuan makan dari pihak Pusat Internet.

Lihat Gambar disini