mcmc
Maklumat Setempat

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita telahpun memasuki bulan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Setiap tahun, hari kenegaraan ini disambut oleh seluruh rakyat dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik.

Mari kita bersama membangkitkan momentum sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai inisiatif sambutan dalam keadaan bersederhana kerana negara masih berada dalam fasa pemulihan COVID-19. Namun, kita yakin sambutan akan tetap meriah kerana semangat cintakan negara ada dalam diri setiap individu rakyat Malaysia.

#MCMC #HKHM2021