mcmc
Utama

Cara Ganti MyKad Rosak

MyKad rosak? Jangan risau, mudah je nak ganti!

Boleh pilih cara yang paling senang untuk anda melalui pelbagai saluran JPN:
✅ Datang ke Kaunter JPN
✅ Mohon di Bas atau Van MEKAR JPN
✅ Hubungi talian MyPhone-In
✅ Mohon melalui JPN e-Services

Permohonan di kaunter JPN atau di Bas/Van MEKAR:
📂 Bawa MyKad rosak + bil utiliti (sekiranya nak tukar alamat)
📸 Datang berpakaian kemas untuk kemaskini gambar MyKad

Permohonan melalui MyPhone-In dan JPN e-Services:
1️⃣ Gambar dan alamat MyKad tidak boleh dikemaskini.
2️⃣ Bawa MyKad rosak sewaktu hadir ke JPN untuk kutipan MyKad baharu.