mcmc
Utama

BUNGA RAYA-BUNGA KEBANGSAAN

BUNGA RAYA – SIMBOL PERPADUAN, LAMBANG NEGARA

🌺 Bunga Raya diangkat sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Kenapa Bunga Raya 🌺❓

🔹 Mudah ditemui dan dikenali di seluruh negara

🔹 Warna merah menyala yang menyerlah dan menarik

🔹 5 kelopak melambangkan 5 prinsip Rukun Negara

🔹 Bukan bunga rasmi mana-mana negara lain

🔹 Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum

Di bawah panji Malaysia MADANI, Bunga Raya terus menjadi simbol kasih sayang, hormat dan keharmonian yang menyatukan kita semua sebagai rakyat Malaysia.