
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG TIBI![]()
Peningkatan kes penyakit tibi kebelakangan ini agak membimbangkan masyarakat, sekali gus mengingatkan kita tentang pentingnya kesedaran, saringan awal dan langkah pencegahan bagi membendung penularan di Malaysia.
Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang tibi![]()
Tutup mulut apabila batuk.
Pakai penutup mulut apabila batuk.
Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik.
Jaga jarak dan kurangkan bersembang lama dalam ruang kecil.
Segera berjumpa doktor sekiranya batuk melebihi 2 minggu.
Jika disahkan tibi, makan ubat mengikut jadual sehingga habis.
Jangan berhenti makan ubat separuh jalan.
Tibi tidak merebak melalui pinggan, gelas atau berjabat tangan.
Jangan sembur satu rumah sebagai solusi.
Elak ruang sempit atau sesak.
Jangan stigma terhadap pesakit tibi.
Jangan identifikasi sendiri penyakit tibi, sila berjumpa doktor.
Amalkan kebersihan diri, pakai pelitup muka jika bergejala, elakkan kontak rapat dengan individu yang sakit, dan segera dapatkan pemeriksaan jika mengalami batuk berpanjangan atau demam.
Kesihatan diri adalah tanggungjawab bersama demi kesejahteraan komuniti Malaysia MADANI.
Sumber: Public Health Malaysia