Rasa marah merupakan perasaan semulajadi dalam diri setiap manusia. Ia juga satu ekspresi yang muncul kadangkala secara spontan tatkala kita disakiti, dizalimi atau menghadapi sebarang masalah.
Berdiam diri sewaktu marah adalah lebih baik kerana dalam keadaan marah, perkataan-perkataan yang diungkapkan, berkemungkinan akan mengguris perasaan orang lain dan mungkin memberi ancaman kepada diri sendiri.