mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Tumpuan Masyarakat

Pasar Khamis 
 
Perkara yang menarik tentang Pasar Khamis adalah pasar ini dilahirkan daripada idea penduduk Kemboja yang berhijrah ke Malaysia. Pasar ini terletak di dalam Kampung Sungai Tiram. Pasar ini beroperasi pada setiap hari Khamis seawal 7 pagi hingga jam 12 tengah hari. Bagi pengunjung pasar Khamis, anda akan dapat menikmati pelbagai jualan disini dari barangan basah seperti ikan, sayur, buah-buahan kain ela, baju ,kasut ,tudung, kuih muih dan sebagainya. Pengunjung suka membeli belah disini kerana harganya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.